Thursday 24 November 2011

Fakta~Wanita- Mereka suka bercakap dan memang banyak bercakap

Ingin tahu rahsia Mohamad Fazrul Kampus ?

Kalau kita nak bincangkan tentang lelaki dan perempuan, sudah semestinya kita sudah tahu yang 'lelaki tidak dapat bertutur dengan baik' .
Nak dibandingkan lelaki wanita , hmm , agak ketara perbezaan. Okay, jom lihat . Majoriti kanak-kanak perempuan dapat bertutur lebih awal daripada kanak-kanak lelaki. Betul tak? kan.

Dalam gambar kat atas pun dinyatakan sebab mengapa kanak-kanak perempuan lebih mudah belajar bertutur. Ini disebabkan oleh faktor penciptaan otak lelaki dan wanita yang berbeza. Maksud saya otak lelaki dan wanita melakukan aktiviti yang berlainan. Okay. Masih tak faham ? Kita teruskan.




Lokasi pertuturan dan bahasa untuk lelaki.
 (Kawasan hitam menunjukkan aktiviti)
Sumber : Institute of psychiatry, London,1999.      








Lokasi pertuturan dan bahasa untuk lelaki.
 (Kawasan hitam menunjukkan aktiviti)
Sumber : Institute of psychiatry, London,1999.  







Dua gambar diatas menunjukkan imbasan MRI yang dilakukan atas dua orang induvidu lelaki dan wanita. Imbasan ini menggambarkan pusat-pusat yang aktif ketika mereka sedang bertutur. Seperti dapat dilihat, lelaki mempunyai beberapa kawasan yang khusus untuk bertutur. Bagi wanita pula, sebahagian besar keupayaan bertuturnya terletak di hemisfera kiri hadapan dan bahagian yang kecil terletak di hemisfera kanan. Memiliki kelebihan di kedua-dua belah otak membuatkan wanita hebat berbicara. Mereka suka bercakap dan memang banyak bercakap. => Simpul > Manusia (lelaki dan wanita) telah mengetahui tugas mereka sejak dilahirkan lagi, oleh kerana wanita dianugerahkan otak yang aktif dalam pertuturan, kini jelaslah kita bagaimana kanak-kanak perempuan lebih fasih bertutur berbanding lelaki. 

           Gambar di atas dapat menerangkan mengapa kanak-kanak lelaki sering kali kedengaran seperti merungut ketika bercakap. Sebutan mereka juga kurang jelas. Lelaki gemar menggunakan bunyi seperti 'hmm', 'arrr' ,'a ah', dan bunyi-bunyi lain ketika berbual.*terkejut juga bila dengar fakta macam ni, lagi-lagi bila terkena batang hidung sendiri* .Ini semua disebabkan mereka*lelaki hanya menggunakan tiga intonasi berbanding dengan lima intonasi oleh wanita.

Nak bagi contoh sedikit, apabila kita*saya ,abang, dan ayah duduk sama-sama untuk menonton bola, begitulah jua cara kami bercakap. Contoh yang biasa kita dengar, ''adik, amik kerepek tu kejap'' atau ''p amik air sat'', ayat-ayat yang ringkas macam itu lah yang biasa kedengaran.

        Lain pula bagi wanita, televisyen tu cuma dalih@peluang untuk mereka bersembang. Sebab itulah wanita sukakan rancangan yang plot ceritanya mudah dan ringkas supaya mereka dapat menonton sambil bertukar-tukar cerita.  TITIK .

Setakat ini sahajalah kupasan ilmu daripada saya. Ampun maaf saya pinta jika ilmu yang saya kongsi ini terdapat cacat-celanya. Mudah-mudahan segala yang saya hasratkan mendapat berkat Allah SWT InsyaALLAH. Segala yang baik semuanya daripada Allah, kelemahan dari diri saya sendiri . Wallah'alam.

1 comment: